Friday, August 8, 2008

>Belajar Dengan Jiwa Sendiri<

Religious Myspace Comments

Sepatutnya engkau boleh belajar
dengan jiwa engkau sendiri
Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi
Ilmu Islam hanya menguatkan sahaja
Fitrah semula jadi manusia sama sahaja
Apa yang dimaksudkan boleh belajar
dengan jiwa atau perasaan sendiri?
iaitu jiwa kita kan suka dikasihi orang
Begitulah perasaan orang lain
Sepatutnya kita boleh memberi kasih sayang
kepada orang lain pula
Jiwa kita suka dibantu terutama di waktu kesusahan
Mengapa kita tidak suka membantu orang
seperti kita suka dibantu?
Jiwa kita terhibur kalau ada ilmu, kekayaan
dan lain-lain kesenangan
Sepatutnya kita rasa terhibur
dengan keistimewaan orang lain
Sepertimana yang kita rasa dan suka
Cukuplah itu contoh yang kita datangkan
Jadi manusia boleh belajar dengan jiwa
dan perasaan sendiri
Cuma ilmu Islam datang menyuburkan sahaja
atau menguatkan sahaja
Namun demikian tidak ramai orang boleh belajar
dengan jiwa sendiri
Kerana itulah peri kemanusiaan sudah hilang
Bertimbang rasa dengan manusia sudah gersang
Kehendak jiwa sendiri tidak dapat di‘apply’kan
kepada orang lain
Sepertimana orang lain juga
tidak dapat lakukan kepada kita
Kerana masing-masing terlalu mementingkan diri
Cintakan Tuhan sudah hilang
dari jiwa manusia
Akibatnya cinta sesama manusia
kering kontang
Selepas Asar

No comments: