Friday, October 10, 2008

Baby~~~Dipenggal...








Wajarkah, seorang ibu membunuh, memenggal kepala naknya sendiri hanya gara-gara kelaparan???

Adakah keadaan seperti ini pernah atau akan berlaku di Malaysia???

Saya kira keberangkaliannya adalah tidak mustahil, mungkin tidak membunuh anak kerana kerana kelaparan, tetapi membunuh, menanam hidup-hidup kerana melahirkan anak luar nikah.
Kejadian sebegini memang sudah banyak kali berlaku, di kampung saya sahaja di ulu tiram, seorang ibu begitu tegar menanam anaknya hidup-hidup selepas beberapa minit melahirkan bayi tersebut.

Pasangan kekasih yang telah tinggal bersama di kampung sungai tiram selama 2 tahun, tidak dapat dikesan oleh pihak kampung bahawa mereke bersekedudukan selama ini, sehinggalah lahirnya bayi tersebut dan ditanam hidup-hidup.

itupun setelah dia berbasikal sejauh 9 km ke taman bukit tiram untuk memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya.

Masyallah... sampai begitu sekali kejamnya seorang ibu pada zaman kini, atau tidak wujud lagi perasaan kasih dan sayang pada anaknya, kerana seorang lelaki yang bergelar kekasih, wanita sanggup membuang perikemanusiaan dan bertindak kejam sedemikian...

Renung-renungkanlah...

No comments: